Wednesday 11 December 2013

11.12.13

Assalamualaikum. :) 
Korang ape cerita? qis tak ade cerita pun.
Nak dekat dekat exam ni, saje luangkan masa nak bermadah. HAHA. lol.
ehh, korang exam jugak? ha, same lah kite. kite geng ah cenggitu! ;D
Okay, sekarang qis nak mintak izin kali ni untuk gunakan AKU KAU sbagai ganti nama dlm post kali ni.
iyelah, konon nak bermadah. puih.! haha. :P
Err, yang tarikh sebagai tajuk tu, hanya sempena tarikh yang unik. :)

Kalau nak diikutkan, setiap apa yang berlaku pada diri kita, semua adalah jalan hidup yang ditentukan dia. namun, jujur aku cakap, aku tak menyesal dengan apa yang pernah berlaku. Bukan nak sembang besar, cuma apa yang aku rasakan, selepas aku digelar bekas pelajar matrikulasi, aku rasa aku dapat berfikir lebih waras nak dibandingkan aku semasa di sekolah menengah dan matrikulasi. Alhamdulillah, sekarang berglar siswi UiTM dan inshaAllah, bergear graduan dua tahun akan datang. :)

Pertama sekali, kat sini aku nak tekankan tentang hati perempuan sebenarnya sangat sensetif, bak kata orang puteh, "fragile"haha. Lagi lagi bila seorang perempuan tu sedang datang bulan. Mohon kepada orang sekeliling kalau nak makan penyepak, mohon cari pasal, lagi lagi gender yang bertentangan. :D ohh, tak. bukan nak cakap, memanjakan manjakan perempuan. cukuplah sekadar menghormati mood mereka. Perempuan ni memang kuat menangis, tak kira lah dia menangis di depan kau ke, belakang kau ke, muka tutup dengan bantal sebelum tidur ke, yang penting, asalkan kau tahu dia menangis, kau pujuklah dia selagi kau tahu dia sedang bersedih, lagi lagi disebabkan kau sendiri. Di saat kau taktahu bila dia bersedih lagi, masa tu lah kau tahu hati perempuan itu betul betul terluka sehingga tak mampu berkongsi kesedihan . Hal ini bukan hanya antara perempuan dan lelaki sahaje, malah perempuan dengan perempuan pun same. ini bukan lesbian --', tetapi perempuan memang sikapnye macam tu. sebab sesetengah perempuan hanya akan berkongsi masalah dengan insan terpilih je. Bersyukurah kalau kau orang yang terpilih untuk mendengar luahan perasaan seorang perempuan. ^_^ Hati perempuan ni kalau dah keras batu, mohon jangan nak mereka kembali macam dulu. sebab hati tu dah terluka sangat, sampai tinggal parut. cube kalau luka parah, kalau kering lama lama dia keras kan? boleh lembutkan balik tak? Do think. :*

hah! Korang pernah bercinta tak? Mestilah pernah kan? Cinta ni sukar untuk diungkap, melaikan cinta itu adalh cinta olok-olok. HAHA. And cinta yang paling sukar diIkhlskan adalh cinta terhadap Dia. eh, bukan itu yang aku nak highlightkan kat sini sebab ilmu aku tak cukup mendalam untuk menulis pasal antara Cinta kita dengan Dia. Aku cuma nak highlightkan cinta kita yang kononnye kita pernah bercinta. Is it orang yang pernah kita sayang itu adalah orang yang kita CINTA? sebabnya, SUKA, CINTA, SAYANG adalah benda yang banyak bezanya. ini tak tipu.dan sampai hari ini, aku baru perasan aku sendiri tak pernah tahu bezakan perasaan yang aku nyatakan tadi. "suka" tu mungkin aku boleh la tahu macam mana. tapi, yang lagi dua aku sukar nak bezakan. ada sesiapa boleh jelaskan? kalau ada sesiapa nak berkongsi, mohon bagi comment. ceh! haha. Orang cakap, kalau cinta tu sukar nak dilupakan. Tapi kalau sayang, senang lah erk nak dilupakan? haha, aku confuse, :P Aku mnegaku, aku mempunyai ex-boyfriend. Exboyfriend atau exgirfriend tak semestinya orang yang memang dah atak ada jodoh dengan kita. mungkin Allah dah tentukan kita dijarakkan dengan dia untuk kita atau dia menjadi seorang yang lebih baik sebelum menjadi suami isteri, KALAU dia adalah jodoh kita. hikhok! 

Okay, now pergaduhan pulak. HAHA. merepek dah aku ni. kau penat baca? takyah la baca. Ada aku suruh kau mentelaah page aku? takde pung! :P proceed erk. Ha, bergaduh. kenapa bergaduh? confirm lah ada perselisihan faham. tak pun, ketidakjujuran. tak pun, kecurangan. tak pun, keterpaksaan. tak pun, ketidaksefahaman. Kalau bab bab bergaduh ni, aku suka. sebab perkara biasa berlaku kat dalam hidup aku. --' Mungkin ego aku sekarang ni yang makin menggunung. nak tahu dari mana aku belajar? hah, yelah, dari dia tu hah. aku dah terbiasa dan telah sebati dalam jiwa aku ni. siapa dapat mengubahnya. kau memang hebat. haha. hurm, siapa je suka bergaduh? aku pun tak suka. Sakit jiwa raga ni wa cakap lu. kalau boleh, aku nak dalam hidup ni harmoni je. dengan sesiapa pun, berbaik selalu. And mohon kalau orang buat baik, janganlah engkau cari gaduh tak tentu pasal. bodoh namanya. 

Hati perempuan dah, Perasaan SUKA CINTA SAYANG dah, gaduh pun dah. "SORRY" pulak lah. Perkataan yang selalu digunakan kononnya untuk berbaik semula. hah. memang, perkataan itu kadang kadang boleh menyejukkan hati seseorang. tapi, INGAT. perkataan tu takboleh delete apa yang pernah jadi dalam hidup dia. Sebab tu, memaafkan itu mudah bagi sesetengah orang tetapi masih belum dapat "move on" dari apa yang happen. Kesimpulannya di sini, aku nak cakap, tak ada apa yang mudah dalam dunia ni. *macam tak ada kene mengene* LOL.

Ehh, kau baca habis post ni? Mekasih. :* Segala apa yang aku tulis dalam post ni, tak ada kene mengene dengan engkau, kau, kau ,kau, kau, dan kau, serta kau. ^^y Post ini hanya untuk menghabiskan masa aku semata mata memandangkan hari ni Selangor cuti sebab Hari Jadi Sultan Selangor. Happy Birthday, Sultan Selangor! i love you , Sultan! :P kbye.

Saturday 23 November 2013

Student's Life

Assalamualaikum...
hye, dear readers. :) Lamadah tak update. And looks like this is the first post since entering UiTM. kan? Ahaa, baru tahu macam mana rasa dia jadi student. busy dia kemain lagi. busy apa? itu sukar untuk di spesifikkan. hihi. :P Tapi yang penting bila kita enjoy, then everything will be so wonderful! ;D


see! i'm so happy. kan..?? everything was in purple. :P I am a purple lover, maybe! Ahaha.  Masa ni otw pergi kelas. Hah! Ayu kan sy? of course lah. haha.


 tengok dua orang ni. comel kan..?? Mereka ni kawan qis. Err, classmates la.. Yang kanan tu Afiqah. Yang kiri tu Afini. Nak dijadikan cerita, masa first day jejak kaki kat fakulti, orang pertama yang qis tegur, Afini la. Hihi. Yang Afiqah ni, qis tak ingat lah pulak macam mana qis kenal dia..haha, nampak tak kat situ, qis LOST tibe tibe? HAHAHA. nak tahu sebab apa? sebab Afiqah ni, sejak kitorang kenal dia, dia suka lost a.k.a. berangan la.. agak agak macam blur macam tu. korang boleh bayang takk..?? hihi. :P Nasib baik minah ni comel gila weyh. haha. Ape ape pun, hope friendship kami will stick till jannah, InshaAllah. :)


okay, yang ini pulak, time bowling competition. Event ni actually under society yang kitorang join. Retail Society (RESO) RESO ni society untuk course yang kitorang ambik. Bowling ni first event yang kitorang manage. Masa nak prepare for the event, serious qis cakap, sangat stress. Bole bawak maut tahu tak?? HAHA. apa apa pun, Alhamdulillah, bowling competition ni berjaya dengan jayanya ! Ahha. Congratulation, guys! 

Ohh, DONE! done updating my updates. ehehe. since the final exam is just around the corner, i hope you guys will pray for our success in this first semester. inshaAllah, we'll do the best. ^_^




Monday 15 July 2013

Ohh My Future !

holllaaa..!!! hihi. Assalamualaikum. :) okay.. qist just nak sharehappy ni, offer untuk further study in degree. ^_^ Alhamdulillah, qist dapat jugak tempat untuk sambung belajar. terima kasih bagi yang pernah mendoakan qist. nak dijadikan cerita kan.... qist nak sangat Islamic Finance... then, to be safe, qist apply UPU n UniKL. nak tengok.?? KAU taknak tengok, dah lah. ;) okay, jom!




okay, ini offer letter untuk tawaran UiTM. yeah, UiTM SHAH ALAM. sekangkang kera dari rumah qist. 5minit dah sampai. HAHA. okay, terang terang, benefit kalau study kat sini for the first, dekat dengan rumah. TAPI, nanti kena tukar ke PUNCAK ALAM. sebab fakulti dye akan berpindah. nahha! takesa pun belajar mana mana. just kat IPTA murah lah. tak menyusahkan papa dgn mama nanti. ^_^ ahha!

yang ini pulak offer letter UniKL.. of coz course yang qist sangat nak! hew hew! tapi, iyelah.. agak mahal kann.. so, macam tak sure nak pergi ke takk. ohh, kayy. lagi pun kampus dia kat tengah tengah bandar KL tu. so BANDAR. haha. tapi kan.. UniKL dapat loan MARA. hurm hurm..

okay! qist dalam dilema. tapi mama ada cakap, bersyukurlah sebab tak semua orang dapat tempat nak masuk degree tu. ye, qist bersyukur nih.. tapi, just need to choose the best for me. taknak nanti qist menyesal. And both tempat dekat dengan rumah qist. hihi. tu lah yang qist happy sangatsangat. yelah, dulu sekolah dekat JB, matriks dekat perlis. dah penat merantau tempat orang. qist dah serik! nak duduk kat tempat sendiri pulak! :') kay, korang doakan qist berjaya kay dalam mana mana pun cousre yang qist pilih. ^_^ mekasih!

Thursday 20 June 2013

MeMoRyLaNe

SALAM..! :) okay.. qist sihat sihat je ni. hihi. ^_^ korang? sihat takk..?? dah lama tak merepek ni. tu hah! nampak tak title post ni..?? tempat qist kerja part time kay. qist kerja dekat MEMORYLANE SACC MALL. korang tahu kat mana?? jemputlah datang. HAHA. saja promote lah. Actually gaji kat situ tak lah mahal pun. just for fun. cari pengalaman baru.. isi masa lapang. best kerja kat situ. qist dapat belajar macam macam. wrap hadiah, buat ribbon. qist rasa macam maenmaen je kerja kat situ. hihi. yang paling penting, kene sabar dengan customers. apa apa pun happen, senyuman manis tetap terlekat kat muka qist okay. hihi. :P hurm, lagipun qist baru sebulan lebih kerja dekat kedai tu. taklah penat sangat tapi,, bila time macam Father's Day tu, ramainya lah orang. balik kerja, terus tdo. :3 HAHA. nampak tak penat tak penat qist time tu. masa father's day tu, seronok je tengok.. semua orang sayang ayah diorang. belikan kad, girt semua tu. terharu kay tengok. :') eh! kawankawan, sesiapa yang datang jalanjalan kat SACC tu nanti, datanglah memorylane! bole beli gift untuk family ke, kawan2, gf bf korang. ;D and siapa yang kenal qist, sila silalah tegur qist kalau tersermpak. ^_^ 

Hari ni dah 21hb Jun kan... dah nak 2 bulan dah habis matriks. cepat je masa berjalan. result final pun dah dapat. Alhamdulillah, walaupun tak 4flat, tapi melepasi pointer yang qist target. :) thanks, God. now tengah tunggu result tempat nak masuk universiti untuk degree. qist rasa dah pilih course yang terbaik, dan berharap apa yang qist pilih ni adalah yang terbaik, Insha Allah. :) yelah, zaman sekrang ni even 4flat pun, tak tentu dpat tempat yang kite nak. Alah.. dalam dunia ni mana ada yang mudah pun kalau nak berjaya. semuanya perlukan usaha. kan kan kan? lagipun, kat mana mana pun rezeki ada je. Allah ni maha adil. Dunia je tak pernah adil. hee~ okay, see ya..! till my next post.



SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana Allah masih mengizinkan kita bersama orang yang kita sayang. =)

Saturday 11 May 2013

bUdDiEsZ q!sTiNa

SALAM~ hey..! qist nak story about my dear friends nih.. korang sure ke nak tahu pasal mereka mereka yang qist sayang nih..? Eceh, sayang ke? :P of coourse lah.. mereka kawan kawan qist okay! :) cemana eh nak start? okay, nama mereka ; Put, Pooh, Puih. hah! nampak tak nama diorang semua hurup 'P' tapi qist 'Q'. :3 pelik tak pelik nama diorang sebab mereka ni hah yang pelik. Hihi. guyss, diorang ni actually member qist dekat KMP, yeah Kolej Mtarikulasi Perlis. guess What? Qist dah habis matriks lah! ;D so, i do post about them sebab...sebab.. err.. sebab.. qist sangat rindu diorang.. )'; i'm so lucky to have firnds like them. they are meaningless, precious n amazing friends! :* meh sini kenal mereka mereka nih.. and kami adalah buddiesz. setiap kami ada watak masing masing bila kami adalah buddiesz. :)

this is me! Qistina. okay, awak awak semua tahu saya qistina. :) eh, nak tahu perempuan yang bernama qistina dalam gambar nih, suka berkawan dengan semua orang, TAPI kepada sesiapa yang taknak kawan dengan dia, sikit pun dia takesah. sebab kalau kita nak berkawan nih, perlu ikhlas.. bukan berCinta je kena ikhlas. you got it, friends? Good! ;) nahha! perempuan ni pun tak suka berdendam sana sini, kemaafan tu untuk semua orang walupun musuh, KALAU ada. sebab berdendam sana sini tak dapat apa pun kan.. And yang paling penting, qistina bersyukur jumpa kawan seperti mereka. (Put, Pooh, Puih). ^_^


ni pulak, Put! among three of them, qist get closed dengan put mula mula. heh. nama dia sebenar, Puteri Nurina Syairah. dia comel, gedik, lagi mengada-ngada. Ahahaha, tapi dia baik. :) dia kuat membebel jugak. suka tidur. hobi dia memang tidur kot. :P teringat dkat KMP dulu, dia blik dari kelas je, confirm tidur! tapi kalau assignment banyak je, dia tak tidur. Hee~ eh, lupa! dia jugak classmate qist. thank, God. i found friend  like Puteri nih.. dia always ade dengan qist time happy dan jugak sedih. Dan...dia jugak madu qist. #eh! haha. Lol~ 




ni dia! Pooh! ye, dia Pooh kitorang... dia comel, gebu! tersangat come! lagi lagi bila dia buat perangai comel. Hahaha. the real name... Ainnur Aiman. Actually dia kawan qist dari sekolah dulu, classmate tapi tak berapa rapat sangat. and bila dekat kmp, tibe tibe bole rapat. hihi. dia ambik aliran sains modul 2. ganjil daripada kami bertiga yang amik aliran perakaunan. nasib baik, perangai dia tak ganjil. Hahaha. qist suka gila bertaching taching dengan dia. dia suka cakap qist cepat taching. seperti kesah? Hahahha. perempuan ni, nama je aiman seperti nama lelaki, tapi, hati dia sangat kewanitaan gitu. ;P  dia diwatakkan sebagai anak tiri kepada qist dan puteri. mak sebenar dia tak reti jaga dia kot. Hihi. 


the last one, Puih! dia jejaka idaman malaya. MUNGKIN. *CAPSLOCKdisitu* Hahahahaha. nama dia puih sebab die suka sangat buat suara angry bird yang dalam game tu. tapi tak pun garang macam angry bird. :D nama dia actually Fikri Abdul Rahman. dia ni kan suka halang qist nak buat sesuatu. and tahu takk qist tak suka orang block apa yang qist nak buat. so, equal to, dia suka buat qist bengan dengan dia. >,<" tapi, ape ape pun, dia tetap lelaki yang baik. nak kenal dengan dia? tak payah lah nanti korang menyesal kenal dia. :D dan dia nih kan... diwatakkan sebagai suami kepada qist dan puteri. eceh! layak ke..?! HAHA.


 BUDDIESZ stuff :-







so we are happy family. mereka lah, mak bapak abang kakak adik atuk nenek kat kolej. sebab apa..? sebab mereka suka membebel bergurau merepek menggila dan semua semua lah.mereka AWESOME. thanks sebab jadi kawan qist. terima kasih sebab sudi melayan perangai qist yang korang nampak semakin matured ni kan.. :D i really hopes that we will stick together.. walaupun siapa kita, di mana jua.. Insha Allah.
dear GOD, saya sayang mereka.. tolong jaga mereka, protect mereka. bila mereka sedih, tak dinafikan qist akan sedih jugakk and if mereka gembira, qist lagi gembira! eh, tak! kami sedih, gembira, susah, senang semua bersama. mungkin memang kami memang dijodohkan bersama di KMP. yang jeles jeles tu, TERIMA KASIH. Hee~ wait! jangan berani berani ada orang sakitkan mereka dari sudut fizikal, mental mahupun hati... nanti qist cekik cekik, patah ptahkan tulang dia. HAHAHAHA. *gelakJAHAT* :D



FRIENDSHIP isn't about "whom" you are known the longest...it's about who came and never left your side. 
i LOVE you, BuDdIeSz.. !

Friday 5 April 2013

Me. I. Myself.







hi! Qistina nih! dengan puteri yang atas tu.. Syidah yang bawah tu ;D errr... cemana qist sekarang?? nak tahu?? jap. yang kau tu...kalau KAU taknak tahu..blah la weyh! takpayah stalk qist. hihi, Alhamdulillah....dah sihat.. dah sembuh dari sakit hari tu.. THANK, GOD! qist tahu, Allah masih sayangkan qist. sebab setiap dugaan yang diberi mesti ada hikmahnya tanpa kita sedar.. ^_^ hah! nak tahu tak.. i'm starting to wear TUDUNG permanently, In Sha Allah.. nahha! bukan nak menunjuk okay! just nak mintak korang sama sama doakan qist akan kekalkan penghijrahan ini, In Sha Allah.. :) doakan tau? thanks, kawan kawan! :* ramai tanya.. kenapa qist start pakai tudung.. soalan ni malas nak jawab. --' hah! sebab qist dah terasa nak pakai lah! even lambat pun qist start, tapi iyelah, daripada qist pakai lepastu buka balik.. kan kan? so, mudah mudahan apa yang qist buat ni betul and berterusan.. ^_^ and BUKAN sebab sesiapa suruh okay! buat apa tutup aurat sebab orang suruh weyh! ikhlaskan diri.. semuanya kerana Dia.. :)

okay! lagi satu.. qist nak cakap about KAKAK. ye lah, kakak! erm, qist memang tak ade kakak sebab qist anak perempuan tunggal kan.. And qist tak need mana mana kakak to lead me or pape ke lah kan.. memang, ABANG dan KAKAK tak sama.. tapi enough lah qist ade dua orang abang yang masih mampu menjadi abang dan jaga qist. :) selepas banyak benda happened, i CAN'T trust anyone to pamper me or whtsoever.. please never get close to me, AGAIN. SORRY pun dh tak perlu.. qist sentiasa memaafkan semua orang, In Sha Allah. ^_^

dah! taktahu nak merepek apa lagi dah.. errr.. ha! my final sem exam dah nak dekat lah! kawan kawan doakan okay..? boleh kan?? hee~ thanks!  kay, till my next.. Assalamualaikum. :)

Sunday 31 March 2013

Saya Sayang Mama, tak tipu!


"PERINGATAN sila sedia kan tisu sebelum baca .. memang sedih bila baca ni :'(

SHARE IF YOU ♥ YOUR MOM"

<--- Sayangilah ibu anda semua . . =))

orang kata aku lahir dari perut mak . . .

(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak


bila lapar,yang suapkan aku...mak

bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak

kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak

bila bangun tidur,aku cari...mak

bila nangis,orang pertama yang datang...mak

bila nak bermanja,aku dekati...mak

bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak

bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak

bila nakal,yang memarahi aku...mak

bila merajuk,yang memujukku cuma...mak

bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak

bila takut,yang tenangkan aku...mak

bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak

aku selalu teringatkan...mak

bila sedih,aku mesti talipon...mak

bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak

bila bengang,aku suka luah pada...mak

bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"

bila sakit,orang paling risau adalah...mak

bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak

bila buat hal,yang marah aku dulu...mak

bila ada masalah,yang paling risau...mak

yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak

yang selalu masak makanan kegemaranku...mak

yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak

yang selalu berleter kat aku...mak

yang selalu puji aku...mak

yang selalu nasihat aku...mak

bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak

♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥

bila seronok,aku cari...pasanganku

bila sedih,aku cari....mak

bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku

bila gagal,aku ceritakan pada...mak

bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku

bila berduka,aku peluk erat...emakku

bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku

bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak

bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah

bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"

selalu..aku ingat pasanganku

selalu..mak ingat kat aku

bila-bila..aku akan talipon pasanganku

entah bila..aku nak talipon mak

selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan

malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang

dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu

berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis

sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap 
wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada 
mukasurat yang sama ditulisnya.

JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK 
DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT


IBU/ MAMA/ EMAK/ UMMI/ TIADA GANTINYA!

Saturday 30 March 2013

My 19th Birthday !




Assalamualaikum..! Assalamulaikum..! and Assamualaikum.. ^_^ lama kann qist tak post..?? hee. okay firstly qist nak ckap umur qist semakin MATANG! eceh.! 19 dah weyh! :/ terasa tua lah! eh! nampak kan..?? gambar qist comel en? kan ? kan ? :P tahu, dah! tolong jangan malu nak mengaku kay. :P hah! memang memang! memang muka tengah melting tengok cake tu. mana tak nye, cake RED VELVET, mama qist bagi pulak! sape je tak melting tengok cake yang HANDSOME tu! hihi. :D nahha! qist nak cerita ni masa birthday qist. nak tahu tak..? qist happy mase birthday qist. oh lupe! birthday qist 28 March.siapa birthday dia sama? hah! kite geng lah! *sep cket* :)



hah! nampak tak kek handsome qist tuh..? ni lah kek yang mama qist deliverkan ke KMP tu. tulisan merahmerah atas kek tu tlis ni "Sweet Qistina U're The Best. Happy 19th Birtday. Get Well Soon. Love, Mak, Papa, Mama, Asyraf, Afiq, Rais" hah! panjang tak panjang wish tu.? haha. first time pulak ade "GET WELL SOON" atas birthday cake! hihi. tak, actually qist kurang sihat masa tu almost a week :/ and sekarang Alhamdulillah dah okay n In Sha Allh it won't repeat again. :')



next! a cake from my dear Pidot! alah, gambar tu malas pulak nak pusing pusing kan dia. hihi. hihi, what a sweet budak TECIK! :P ade ke patut dia panggil qist sweet COMOT?? dah terang terang qist dah 19 tahun, mana ada comotcomot macam dia yang baru habis sekolah tu! hahahaha. :p anyway sangat terharu bila dia datang jumpe qist n bagi cake tu.nampak tak keSWEETan seorang lelaki kat situ? ahha, thanks, adik! :')






HAH! tu dia! haha, yang sebelah qist tu Fikri.. and belakang tu Puteri. nahha! si Fikri birthday dia 1 March, puteri 22 Marc, qist pulak 28March.. ha, sweet tak kitorang..? kami kawan bertiga kay! jangan ade kesalahan anggapan di situ. dah penat nak dengar orang cakap kitorang ade ape ape betwwen us. weyh weyh, kami kawan baik sahaja. terima kasih! ^_^ okay, kami takesa orang nak mengata sini sana, yang penting kitorang tak kacau hidup orang kay. :)




how sweet we are..? nampak tak ? nampak tak..?? :P


okay, okay! ini lagi lah SWEET. i love you both. i miss you, GL. hew hew! 



naha! bitrhday cake ni qist sorang je bole potong! XD

yang budak dua orang ni pun ade jugak masa celebrate tu. ! :)




melantak kek pun tak habis. tapi like seriouslu kek red velvet tu sedap! qist suka sangat sangat! :) err. qist nak thanks kat semua yang wish birthday qist. thanks so so much! love you, guys! :* tapi kan ada sorang tu kan.. wish qist lambat.. masa tu memang sedih sangat sangat. tapi takpe.... qist faham. sokay, awak..! ;) and lastly....hoping to havva better life when my age turn 19, In Sha Allah.. ^_^ till the next post yaww..! salam. :)